Rabu, 18 Desember 2013

Rozita Che Wan Bakal Hoskan Melodi


Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari dikatakan bakal mengundurkan diri daripada mengacarakan rancangan hiburan nombor satu, Melodi kerana mempunyai komitmen yang lebih besar.

Ketiadaan Awal dalam rancangan tersebut kelak, pastinya menimbulkan tanda tanya siapakah gandingan yang sesuai dengan Zizan selepas ini.

Menerusi laporan Harian Metro, nama pelakon Amyza Aznan dan Rozita Che Wan atau Che Ta telah disenarai pendek untuk tujuan itu.

Tak tahulah Che Ta sesuai atau tidak mengacarakan program sebegini kerana seperti yang kita tahu dia lebih sesuai mengacarakan program-program bersifat kewanitaan seperti Primadona dan Nona, sesuai dengan perwatakkannya yang lemah-lembut dan ayu.

Lainlah kalau Amyza, dia memang sudah beberapa kali digandingkan dengan Zizan sekiranya Awal tidak berkesempatan untuk mengacarakan episod Melodi pada ketika itu.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja nanti pengumuman daripada pihak produksi Melodi berhubung perkara ini.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar