Sabtu, 28 Desember 2013

MP dakwa 203A lindungi pengundi meragukan



  • Malaysiakini Okt 24 2013
 
Seksyen 203A Kanun Keseksaan yang baru diperkenal boleh menjejaskan pilihan raya yang bebas dan adil, dakwa anggota parlimen pembangkang.

Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa, ia akan menghalang pembocor maklumat tampil dalam kes individu bukan warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi.

NONE"Jika penjawat awam dapati apa yang berlaku di Sabah dalam aspek pendafaran ke daftar pemilih, dia tidak boleh mendedahkan maklumat ini," katanya.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ong berkata, beliau sudah membuat kajian menyeluruh terhadap daftar pemilih sejak belum menyertai dunia politik lagi.

Menurutnya, klausa yang digelar "seksyen kerahsiaan" itu menyebabkan beliau tidak dapat mendedahkan kajiannya kepada masyarakat umum.

Ong menambah, suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang tanpa pengenalan diri di Sabah diberitahu terdapat 50,000 pengundi dalam daftar pemilih 2012 yang "berpotensi meragukan" ekoran mendapat kad pengenalan melalui cara haram.

Seksyen baru itu memperuntukkan larangan kepada penjawat awam daripada mendedahkan sebarang maklumat tugasannya kepada awam. Ia ditentang hebat oleh anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

Menteri undang-undang Nancy Shukri bagaimanapun semalam memberi jaminan bahawa kemasukan Seksyen 203A ke dalam Kanun Keseksaan yang diluluskan semalam bukan bertujuan membendung pendedahan rasuah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar