Anggota polis membuat pemeriksaan keselamatan keatas penyokong Pahang.
SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.
Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.
"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat menjual tiket palsu.
Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.
“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar