Rabu, 25 Desember 2013

David Menanti Kepulangan Wawa Zainal ‘Anaknya’


Khabar sebenar mengenai pelakon cantik Wawa Zainal sehingga kini masih menjadi misteri. Meskipun laporan akhbar sisipan BiPop hujung minggu lalu cukup mengejutkan ramai, namun tuan empunya badan masih lagi mendiamkan diri.

Begitu pun sebagai pihak pengurusan, Metrowealth (MIG) diburu bagi mendapat penjelasan sebenarnya mengenai anak artis naungannya itu.

“Banyak orang cakap dia terkena penyakit misteri, misteri. Tapi… mana tahu, tiba-tiba ada bayi”, itu kata-kata seloroh pengurus besar MIG, Mejar (K) David Teo kepada para media sewaktu ditemui pada majlis pra-tonton filem Longkai bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.

David berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘kehilangan’ Wawa Zainal serta ditambah dengan khabar pelakon kelahiran Lahad Datu Sabah itu kononnya sudah berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel dan kini Wawa sedang berpantang selepas melahirkan anak.

“Memang dua bulan sebelum hari raya Aidilfitri, Wawa ada berjumpa saya dan memaklumkan dia sedang mengalami penyakit misteri. Ketika itu, dalam pada sedang dia bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

“Itu yang saya nampak misterinya tu. Lepas tu saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung”, tambah bos besar MIG yang memang terkenal dengan ungkapan pantun-pantun spontannya ini.

Dalam pada itu David juga berkata beliau menghormati laporan akhbar berkenaan. Seandainya apa yang dilaporkan itu ternyata benar, David tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Wawa. Sebaliknya pihak sentiasa menati dan mengalu-alukan kepulangan pelakon drama bersiri Cinta Qaseh itu.

“Saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran apa yang dilaporkan oleh akhbar itu. Tetapi saya tahu kerja media. Masakan media mahu mengada-adakan cerita dan membuat laporan yang tidak berasas. Laporan tersebut lengkap dengan maklumat dari jabatan pendaftaran dan perkataan ‘sah’. Sebelum ni kalau hanya gosip mesti tidak ada perkataan ‘sah’. Saya menghormati dengan laporan akhbar berkenaan”,

Saya juga hormat apa jua keputusan Wawa. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya sayang Wawa. Saya akan terus menyokongnya. Dia boleh balik ke sini.

“Malah saya akan bentangkan karpet merah dan sediakan kek untuk sambut kepulangan dia dan ‘orang baru’. Itu pun… kalau laporan akhbar itu benar lah”, selorohnya lagi.

David juga memberitahu dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Enggan Ulas Tentang Aeril

Sementara itu, David enggan mengulas mengenai kenyataan Aeril menerusi Twitternya dengan mengatakan seolah-olah ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya. Ariel memberi gambaran apa yang ditulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya dan pihak yang dimaksudkan seperti menunding ke araah pihak MIG.

“Kenapa mesti saya nak jatuhkan reputasi Wawa sedangkan saya susah nak naikkan namanya”, ujarnya David ringkas tanpa menjawab persoalan mengenai Aeril. – Malaysian Digest

Tidak ada komentar:

Posting Komentar