Rabu, 05 Februari 2014

Bantal Berbentuk Pastri Ciptaan Pereka Jepun


Sebuah syarikat di Jepun telah mereka cipta bantal comel berbentuk makanan pastri seperti roti bakar, penkek dan donut untuk memberikan variasi dalam pemilihan corak serta bentuk bantal.

Buat yang menggemari sesuatu yang unik dan kreatif, bantal ini dapat lari daripada kebiasaan bantal segi empat tepat atau segi empat sama yang sering dijual di kedai-kedai perabot berdekatan.

Bantal ini juga boleh digunakan seperti tilam mengikut bagaimana caranya anda mahu menggunakan bantal tersebut.

Satu set terdiri daripada empat bantal pastri yang berbeza corak dan bentuk yang dijual pada harga Yen 16000 (RM544).



Tidak ada komentar:

Posting Komentar