Selasa, 04 Maret 2014

Polis Bunuh Pengusaha dan Anaknya

  15 Jul 2013
 
 Iskandar Rahmat (Straits Times)
Singapura -   Seorang anggota Polis  Singapura ini menggemparkan publik kerana dibicarakan  atas kes pembunuhan seorang pengusaha dan anaknya.

Sarjan Staf Senior Iskandar Rahmat (34) yang pernah meraih gelar polis  teladan ini, dijerat atas dakwaan pembunuhan berganda oleh mahkamah setempat. Iskandar didakwa membunuh seorang pemilik showroom kereta, Tan Boon Sin (67) dan puteranya, Tan Chee Heong (42).

Seperti dilansir AFP, Isnin (15/7/2013), mangsa yang lebih tua ditemui mati dibacok di kediamannya. Sedangkan jasad korban yang lebih muda ditemui di lokasi sejauh 1 kilometer dari kediamannya.

Yang menyedihkan, mangsa yang lebih muda, Tan Chee Heong, sempat diseret dengan menggunakan kereta. Bahkan hingga nampak kesan ceceran darah di jalanan yang banyak kenderaan.

Usai melakukan aksi keji tersebut, Iskandar lari ke Malaysia dengan menggunakan motorsikal. Namun tak diperlukan banyak waktu untuk menangkapnya dan kemudian dipulangkan ke Singapura.

"Satuan polis dan setiap personel polis menyesalkan aksi yang dilakukan seorang individu polis ini. Kami sekarang telah menangkap Iskandar dan kami akan membicakannyanya secara sepatutnya. Dia merupakan tertuduh pembunuhan dan akan menerima konsekuensi yang patut diterimanya atas kejahatan keji yang dilakukannya," ujar Ketua polis setempat, Ng Joo Hee.

Motif pembunuhan ini masih belum diketahui pasti. Namun sejumlah media setempat melaporkan, veteran polis  selama 14 tahun ini muflis dan sedang  dalam penyiasatan kerana tidak melaporkan masalah finansialnya kepada pegawai atasannya. Iskandar dilarang membawa senjata api selama penyiasatan tersebut berlangsung.

Juru cakap polis setempat menuturkan, Iskandar pernah menangani kes pencurian yang dilaporkan oleh mangsa bernama Tan Boon Sin tersebut pada November 2012 lalu. Namun di tengah-tengah penyiasatan, Iskandar dipindahkan ke bahagian lain.

Kes ini mengejutkan Singapura yang dihuni 5.3 juta   penduduk dan selama ini tercatat memiliki tingkat kejahatan yang rendah. Menurut statistik pemerintah setempat, jumlah kes pembunuhan di Singapura pada tahun 2012 lalu mengalami penurunan dari tahun sebelumnya.
sumber : detikNews

Tidak ada komentar:

Posting Komentar